Saturday, March 12, 2011

Monolog 4' Kehidupan seorang guru praktikum

assalamualaikum blogger...

hohohoho...klu korang nak taw, aku ni blaja kat institut pendidikan guru kampus perlis. org panggil ipg perlis je xpun maktab. da dekat 5tahun setengah da aku merantau kat bumi perelis ni. nica place for study, tapi agak jauh la dari batu pahat, johor 2. tapi xpe,bile g nak merautau klu x time mude2 belia ni kan,hahahaha...skrang aku da sem 7, de 1 sem g before aku bergelar seorang pendidik. InsyaAllah.... ni da kali ke 3 aku berpraktikum. kali ni aku ditempatkan kat sk kuala perlis,perlis ngan member kelas aku hafizi,dak muzik ikhwan haris(kuwe) and sofi. and de dak ipda 2 org, normala and siti rawiah, hehe...


pe yg aku suke time praktikum ni,
  • xyah g kuliah,walau kene bangun awal tapi rase cm ok je,
  • xterlibat ngan aktiviti ip,hahaha....
  • g skola g best dri g ip,boring.....
  • makan murah giler kat kantin skola,nasi lauk ayam 3 ketul lain2 msakan+sayo 2 jenis+teh o ais+air halia suam=rm4.00,nek la bdan aku 3bulan ni,hahaha...
  • yg penting da rase cam seorang guru, bile la nak keje ni,huhu...
suke suke jugak, tapi de gak yg cm xbest,
  • kne wat rph, 1 ari 2 kelas so 2 rph, klu tertinggal agak tension gak la yg settle,
  • observe, klu lecturer nk dtg observe jwabnye xtdo malam la,lpas ni lgi la bile en.wan (pensyarah pembimbing psk) ckap "lpas ni saya xckap bile nak dtg, saya harap awak bersedialah tiap masa..."en.rosly pun lebih kurang. ari rabu lepas die wat ambush da. tengah best2 ngaja tibe2 die msuk, agak kelam kbut gak r. hahahaha....
  • kene ikut event skola. skkp ni bab sukan bleh thn r. bab akademik hmm...agak hampeh. minggu lepas tiap2 petg gak la kitorg menggiatkan diri g skola latih takraw. tapi berbaloi bile skkp ditabalkan sebagai juara pkp kuala perlis,yeah!!! bangga seh...pas ni latih u peringkat negeri lak la,adoyai....
  • kawalan kelas agak kureng skit la. baru minggu ni aku dapat wat budak denga cakap. len kelas len cara nak bagi dak2 ni ikut cakap,hehe...aku puas ati bile dak2 dapat ikut cakap cekgu,fuh3...lege....
skola2 gak, tapi asgment jngan lupe. bleh plak la aku terlupe date line asgment bimbingan and kaunseling 10 mac,x cam piston kete F1 aku wat ngan partner aku. tapi 11hb gak baru anta,hahaha.... pe2 pun aku xrase tnsion sgt kat sek ni, tnsion nak wat rph je ade la, sebab aku ni agak malas gak la nak wat menatang 2, part wat bbm aku suke,hehe...idea datang mencurah2 di ladang gandum bile time nak wat bbm, tapi bile time nak wat rph, mate ni ase berat je, devil2 ni kuat giler suruh aku tido,haram sungguh....tapi nak xnak kene la wat gak. hahahaha...rph ni cam lesen seorang cekgu der...xde biz la.

tapi ape2 pun kite ni klu ikut umo lame g nak hidup. keje pun xstart g so penyakit malas ni kene la buang jauh2. cekgu ni xbleh malas2..hohoho...pe lagi sikap yg sorang cekgu kene de,
  • jangan malas!
  • kene berdedikasi!
  • ikhlas dalam mengajar,
  • pandai berkomunikasi/bergaul/bersosial,
  • kreatif,
  • xberkire klu kene kua wit skit2 2 untuk anak bangsa kite,
  • and senyum...xperlu kata apa2...senyum...=)
ops...aku baru prasan, aku xmandi g la,hahahaha....insan yang cemerlang..yer...datangnye dari akal...yer..hatinye yang tenang, jiwanye yang kuat..yer...renung2kanlah dan slamat beramal...

p/s : tiket biz lak nak tengok merong mahawangsa, masalah tol ble ngah boring ni, sib bek hsemate sume ajak karoke...hehe...jangan main mate ngan anak murid...renung2kanlah dan slamat beramal...=)

Monolog 3' Reny Ayam Goreng

Assalamualaikum blogger....

boringnyer petang nih, bangun2 je rase nak mkan enda2 yg ranyup lak. teringat kat ayam goreng...hehehe....aku pun start la moto cup berkuasa 8 kuasa kuda aku ni nak p bli natang ni, last2 smpi la aku kat bwah board kaler merah trtulis Reny Ayam Goreng.
pe yg best Reny Ayam Goreng ni erk?? haa...
  • harge die rm1 je,
  • rase bole la sedap cam kfc,
  • jual cam orang jual ayam goreng kt pasa malam 2 tapi ni kat tepi jalan kat taman kemajuan, pasar borong ngan simpang empat, perelis..hehe...promote skit,
dulu aku ingat kat taman kemajuan je rupenye die wat bnyak tempat g cam 7eleven lak,hahaha... die start memarketingkan ayam2 die ni pas zohor smpi la biz stok ayam 2, bise sampai pk9-10 malam gak la.
ha..sambung blik, sampi2 je aku cakap kat brader 2, "bang, bg part dada 2", bli petang2 ni best skit, ayam die bsa skit la dri yg last2 stok,hehe... tme aku nak blah datang 2 awek blakang aku, xknal pun so aku wat2 xtaw je r,haha...pas 2 aku blik uma sewa aku ni. nga sedap2 lyan mkan ayam ni housemte aku blik, die bli Reny Ayam Goreng gak,

bro : wei, ko cpt sgt blik r td..."
aku : "pe hal..."
bro : "elok ko blah je aku g bli ayam goreng reny lak, aku dnga r awek blakang ko 2 ckap ngan kwan die td.."
awek 1 : ensem la abg yg bwak moto 2 td..."
bro : "nk je aku ckp abg td 2 duk serumah ngan abg,hahaha..."
aku : "hahahahahaha....aku memang sjak azali da cmni, nak wat cmne g..."

hahahaha...2 lah kisah di suatu petang...

p/s : aku jiwa ganaz...npk awek cam npk semut je, hahaha...

Friday, March 11, 2011

Monolog 2' Hikayat Merong Mahawangsa

Asalamualaikum blogger...

tibe2 tadi housemate aku msuk blik.

housemate : "jom wayang,ada bran...."
aku : "jom...tengok Merong la..." (wlaupun wit nga cam ade xde je skrang ni,huhu...)
housemate : "hahahaha....malam ni on..."

so....aku pun bukak la http://www.youtube.com, and search hikayat merong mahawangsa,
de 2 trailer diorang wat for tis film,



yang ni english official trailer, g 1 trailer bleh view kat http://www.youtube.com/watch?v=RuzUuM7utqM, aku tengok cam agak best la trailer die ni, ape2 pun insyaAllah malam ni aku nak g usha film ni, dengar2 ni filem termahal kat Malaysia ni, cayalah!!!
member aku cakap die xsuke tengok cite melayu ni, tapi die kate filem ni best xmacam filem melayu yang len la,hehe...betul ke??? wait n c.....

b4 tu, ni sinopsis pembikinan filem ni, aku dapat kat http://www.budiey.com,

Filem epik/aksi berjudul “Hikayat Merong Mahawangsa” terbitan KRU Studios kini tamat penggambaran pada 8hb Ogos 2009. Filem ini telah mengambil masa lebih dua bulan bagi sesi penggambaran (bermula pada 9hb Jun 2009).

Penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% di Terengganu. Lokasi-lokasi lain termasuk Kuala Lumpur dan Kuantan, Pahang. Dengan dibintangi oleh barisan pelakon yang terdiri dari dalam dan luar negara, Hikayat Merong Mahawangsa menampilkan Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Dato Rahim Razali (Malaysia), Wan Hanafi Su (Malaysia), Ummi Nazeera (Malaysia), Khir Rahman (Malaysia), Craig Fong (Australia). Pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah Henry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi (pemenang Drama Pendek ERA).

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Hikayat Merong Mahawangsa dibawah arahan Yusry Abdul Halim yang telah membawa pelbagai kelainan dan pencetus penggunaan teknologi CGI di Malaysia dalam setiap filem arahannya. Filem ini turut menggunakan barisan kumpulan seni mempertahankan diri yang berpengalaman dibawah bimbingan Chan Man Cheng. Beliau pernah terlibat didalam kapasiti yang sama bagi filem – filem blockbuster antarabangsa antaranya Hellboy 2, Rush Hour dan Police Story.

Filem ini menelan belanja RM8juta yang sekaligus menobatkannya sebagai filem termahal dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dan kedua termahal dalam sejarah industri perfileman tempatan selepas filem Puteri Gunung Ledang. Namun ini tidak bermakna ianya kurang dari segi kualiti berbanding dengan Puteri Gunung Ledang kerana KRU Studios percaya bahawa penjimatan kos dapat dibuat melalui penggunaan teknologi CGI. Dengan adanya CGI, penyediaan set tidak perlu menelan belanja yang sangat besar. Hanya prop dan set utama dibina seperti empat (4) buah kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India. Walaubagaimanapun, kejayaan pemibikinan filem ini mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana “e-content”.

Sementara filem ini menjalankan sesi penggambarannya, KRU Studios mengusahakan strategi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan menandatangani MOU dengan salah sebuah studio gergasi iaitu Universal Pictures International Entertainment Ltd. Syarikat ini telah diberikan “First Option” untuk mengedarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini ke seluruh dunia apabila siap kelak. Hikayat Merong Mahawangsa dijangka siap sepenuhnya untuk tayangan umum pada September 2010.

KRU berterima kasih di atas segala sokongan yang diperoleh dari semua pihak termasuk sektor-sektor kerajaan, swasta, media dan yang paling utama kepada MOSTI dan Kerajaan Negeri Terengganu kerana banyak membantu dalam pembikinan filem ini. KRU juga berharap agar kerjasama ini dapat dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang untuk mencapai wawasan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar utama di seluruh dunia bagi industri media dan hiburan.

SENARAI KREW & KAKITANGAN

Penerbit Eksekutif : Norman Abdul Halim
Penerbit : Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Muzik : Edry Abdul Halim
Pengarah Fotografi : Mat Nor Kassim
Kamera Aksi : Chau Kim Ming
Production Designer : Kek Ting Lam
Pengarah Kreatif : Johan Lucas
Pengarah Seni : Anuar Paharudin
Martial Art : Chan Man Cheng, Chong Yi Wah
Pakaian : Rosada Abdul Hamid
Make up : Mas Hashim

SENARAI PELAKON

Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)

filem ni da start menggegar panggung 10 Mac 2011, tapi ari ni baru la dapat nk p usha..

p/s : sokonglah filem tempatan kite. cam filem hantu kak limah balik umah,hahaha... 5-6 kali gak la aku p on gambaq ni kat laptop ni,hahaha.....klu aku ganti stephen rahman 2 agak2 ok x? hahaha...

Monolog 1' lahirnya MonoLoG Otak KaNaN

assalamualaikum blogger...rini ri sabtu 12.3.2011. pe aku nak buat ni, last2 aku lahirkan la adik blog2 aku yang xkesampaian nak membesar tuh.
http://auriskz.blogspot.com/,
http://maestroishak.blogspot.com/ ,

ni la abg2 MonoLoG Otak KaNaN ni, de 2 sebab diorang xdpat membesar, 1st aku agak mlas nak menaip,jari ni leh krem taip byak2,hahahaha...just kidding =P tapi aku ni memang kureng bab2 menulis ni,lagi2 klu gune tangan, adoyai...bukan mlas but very2 lazy@lazyholic la.
kepada yang suke wat motivaC 2 meh2 bagi aku motivaC sal penyakit malas ni. hehe... tapi pe2 pun aku kene buang gak tinggi2 sikap malas menulis aku ni. bakal sifoo la katakan. sifoo 2 cekgu la,hehe...CekGu Pendidikan Seni Visual merangkap Pendidikan Jasmani meniarap Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. ha 2 lah pengkhususan aku. tapi t bile posting xtaw la aku kan jadi cekgu pe. jagi cekgu besar trus ok gak,hahahahaha....
sebab kedua account mail aku kene hack. haram deje serabut pale otak aku bile tbe2 xdapat nak bukak email aku. bukan 1 tapi 2 der. rulisharulish@yahoo.com and isaac_auriskz@yahoo.com . kalau mat bunga lame da air mata darah aku ni mengalir,hahahaha...sib bek aku ni jenis ganazz lagi penyayang.
ape2 pun aku hope MonoLoG Otak KaNaN ni xkan terkubur cam yang lepas2.

p/s : ari ni ari tanpa beg plastic yer. same2 lah kite myelamatkan alam sekitar.peewiitt~~~~