BOBOIBOY!!! haa...rini aku tengok wall fb aku yg agak lame gak menyepi 2, dlm byak2 enda kat wall 2 aku nampak kartun ni. aku pun usha la skit. setelah berjaya mencipta fenomena Upin & Ipin yang sehingga kini menjadi perbualan ramai, pengarahnya, Mohd. Nizam Abdul Razak atau Nizam kini muncul dengan produk animasi terbarunya, Boboiboy. cite Upin & Ipin Nizam ni wat berkonsepkan 1Malaysia, tapi Boboiboy pula mengetengahkan animasi tiga dimensi (3D) superhero berwajah tempatan. da makin banyak lah superhero yg beranak kat Malaysia tercinta ni, cayalah!! dulu de keluang man, cicak man, pe g, hmm... 2 je terlintas kat
(sekarang diumumkan waktu maghrib bagi kawasan umah aku n kawasan2 yg sewaktu dengannyer..)
Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui oleh Nizam serta dua rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas). boboiboy ni akan disiarkan selama 26 episod di mana setiap satunya dengan durasi selama 11 minit (ni da siap tolak iklan, g toilet, amik kepek ngan kopi o kat dapo).
Apa yang menarik dalam Boboiboy ialah beberapa daya tarikan yang terkandung meliputi karakter superhero Bo, Boi dan Boy, nilai-nilai murni, karakter makhluk asing (alien) dan juga unsur futuristik di sekitar ibu kota.
Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya.
Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.
Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut.
Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.
Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu, Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.
Boboiboy bukan saingi Upin & Ipin. betul ke ni???
Biarpun pernah menyertai Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd. (LCPSB) dalam membangunkan animasi Upin & Ipin tetapi kata Nizam, kemunculan animasi Boboiboy bukanlah bertujuan untuk bersaing.
Kenapa diorang ni kua dari LCPSB??? gadoh ngan sifo0 ea...
Nizam, Anas, Safwan serta lima lagi kakitangan LCPSB yang lain membuat keputusan keluar daripada syarikat tersebut pada September lalu demi mencari ‘tapak’ dalam mengembangkan lagi bakat mereka dalam dunia animasi tempatan.
jom kite tanya Nizam,zaassss!!!
“Kami tiada sebarang masalah dengan LCPSB. Malah, selama ini haji (Pengarah Urusan LCPSB, Burhanuddin Md. Radzi) telah banyak membantu kami dan memberi tunjuk ajar sepanjang penglibatan kami menghasilkan Upin & Ipin.
“Kami keluar dari LCPSB pun sebab kami ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Terus terang, kami memang sayang kepada karakter Upin & Ipin tetapi rasanya tidak salah jika kebolehan yang ada kami pelbagaikan demi memeriahkan lagi industri animasi tempatan sebab pulangannya nanti kepada penonton juga.
“Kita perlu mengikut peredaran masa. Mungkin ini juga rezeki buat kami. Sebab itu kami perlu berani mencuba sebab bagi kami lebih banyak pelopor dalam industri animasi lebih baik untuk industri ini,” kata Nizam yang juga Pengarah Urusan Animonsta Studios.
dalam nak menghasilkan Boboiboy ni, Animonsta Studios telah bekerjasama ngan beberapa agensi kerajaan termasuk Pusat Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia (MAC3) di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), membekalkan beberapa perisian untuk kemudahan mereka menghasilkan Boboiboy. mereka juga mendapat kerjasama daripada sebuah lagi agensi, Cradle Fund Sdn. Bhd., yang membantu menyalur dana bagi merealisasikan projek tersebut.yeah!!! last2 berjaya gak diorang wat Boboiboy ni.
ni aku de usha die punye trailer, best gak theme song Boboiboy ni,layann....
Boboiboy Theme Song Lyrics (English version)
Aliens invading earth for cocoa beans
Prized throughout the galaxy
They're coming soon, they're coming fast
I don't know if we can last
So we all need a saviour to defend the planet earth,
BoBoiBoy
Ying,
Yaya,
Gopal,
And our hero...
BoBoiBoy
p/s : aku da tengok ep 1 Boboiboy, best gak, cam aku time mude2 dulu,weee~~~~ 'support our label'
aq dah tngk ep 2 x batak pon???????
ReplyDeletebatak 2 apew?
ReplyDelete